"Penghargaan"
Sesuatu Anugerah sangat bermakna kepada kita sebagai tanda
penghargaan yang tidak terhingga.
Ianya juga menunjukan penerimaan dan penghargaan terhadap hasil
kerja kita.
Pada suatu ketika Anugerah ini akan menjadi satu sejarah kepada
generasi yang akan datang.
Anugerah dan Penghargaan
March 20hb, 2008 oleh Adnan Hassan
Anak
kelahiran kluang Johor yang memastikan dunia fesyen adalah hala tuju
nya menjadikan beliau berjaya sebagai graduan Fakulti Senireka &
Senilukis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1999 dalam
jurusan Senireka Fesyen. Dengan meraih 2
Anugerah Fesyen (The sixth
Brother Cup China Young Fashion Designer Contest di Beijing China pada
tahun 1998 dan Juara Anugerah Benang Emas pada tahun 2002 –
anjuran
majalah Jelita) mengharapkan Adnan Hassan mampu membuat sesuatu kejutan
untuk dunia fesyen tanahair.
Rekaan
jeans terpakai yang cuba dieksprestasikan sejak di bangku sekolah lagi
nampaknya menjadi. Maka
lahirlah sesuatu yang unik lagi bergaya dan
segar dalam fesyen terkini samada dalam bentuk pakaian kasual, pejabat
atau evening.
Semenjak
itu rekaan berteraskan denim Adnan Hassan sering menjadi jemputan dalam
menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan dan akhbar tempatan yang
digayakan oleh artis dan selebriti terkenal tanahair. Ianya umpama
promosi jenama ADNAN HASSAN yang agak besar impaknya, sehingga digelar
Raja Denim dalam reviu akhbar
tempatan. Permulaan positif kariernya
sebagai seorang pereka fesyen di Malaysia.
Selebriti terkenal Nasha Aziz yang manggayakan
rekaan jeans terpakai Adnan Hassan pada malam Anugerah Era 2002
mendapat liputan meluas media, komen dan reviu yang positif sekaligus
memperkenalkan label dan jenama ADNAN HASSAN di mata dunia fesyen
tempatan.
Ilham ADNAN HASSAN yang tidak terhad, terus ghairah
dalam hasil karya seni fesyennya menggayakan selebriti-selebriti
terkenal Malaysia. Trademark ‘unfinished’ denimnya semakin menjadi
ikutan.
Ditambah lagi dengan kemunculan MAWI
di malam pertandingan akhir Akademi Fantasia 3, dalam rekaan berjaket
labuh ala ‘matrix’ tetapi nusantara dan jaket courduroy olive menjadi
sebahagian sejarah ADNAN HASSAN.
Terkini, farawahida yang mirip kajol juga tidak melepaskan peluang
untruk bergaya ranggi sepenuhnya dalam sentuhan funky Adnan Hassan
dalam Album “Tanpamu” menjadikan jenama ini terus berkeyakinan.
Adam, Nurul Ajai, Ezlyn, Anita Sarawak,
Erra Fazzira, KRU, dan ramai lagi terus memberi sokongan untuk
beliau terus berkarya dalam seni fesyenya yang eksperimen dan versatile
Cerita Adnan
Hassan di Media Massa
1- Beita Harian
2- Kosmo!
3- Berita Harian Citra
"KAMI
MENUNGGU ANDA"