Untuk pengetahuan semua, Tekstil adalah satu industri yang besar dan
mempunyai skop yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya
dalam bidang pakaian (Fesyen) sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang
lain. Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet" yang
banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Banyak lagi bahan tekstil ini
diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment,
construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi.
Sebenarnya di
Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan
penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, belbagai pakaian dan
jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam
masayrakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara
mereka tersendiri. Persoalanya, adakah mereka tahu apakah sebenarnya
material yang mereka sedang pakai. Sayangnya mereka tidak menyedari dan
tidak mahu ambil tahu semua itu. Jikalau mereka tahu kepentinganya,
sudah pasti mereka akan rasa bertapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan
seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri.
Sepatutnya
semua masyarkat Malaysia patut tahu secara asas serba sedikit
mengenainya. Golongan yang paling patut tahu adalah mereka yang
terlibat lansung dalam industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat
batik, penjahit, pemilik butik, dan sesiapa sahaja yang terlibat
lansung dalam bidang Tekstil.
"Tahu secara
asas" disini ialah mengetahui penggunaan pada tempatnya. Sebagai
contoh, kenderaan manakah yang sesuai untuk masuk kehutan dan memanjat
bukit? Adakah kereta yang sesuai atau pick-up ataupun track. Anda pun
tentu tahu jawapanya. Sudah tentu kereta sama sekali tidak sesuai untuk
memanjat bukit.
Dalam blog ini
saya cuba memasukan seberapa banyak malumat mengenai Tekstil dan Fabrik
untuk menjanakan maklumat sebagai pegetauan tambahan. Saya cuba membuat pecahan kepada topik-
topik besar seperti "Asas Pembuatan Tekstil" dan "Industri- industri
yang terlibat secara lansung". Secara ringkasnya, dibawah adalah antara
sub-topik yang akan dibincangkan lebih lanjut dari masa ke semasa:-
A).
Asas pembuatan Tekstil
-
Pengenalan
kepada Fiber
-
Pengenalan
kepada Yarn/ Benang
-
Pengenalan
kepada Fabrik
-
Proces
deying/ mewarna fabrik
-
Produk-
produk yang dihasilkan dari Fabrik.
B).
Industri yang telibat secara langsung
-
Pakaian
dan Fesyen
-
Penggunaan
dalam Automotif
-
Penggunaan
dalam bidang Perubatan
-
Penggunaan
dalam bidang Penghotelan
-
Penggunaan
dalam Kejuruteraan
Banyak lagi
kegunaan dan information Tekstil yang saya ingin kongsikan dengan
rakyat Malaysia akan datang.