Gemerlapan, kilauan dan kemewahan
seringkali dikaitkan dengan pembuatan fabrik-fabrik yang bersifat
popular dan menjadi tumpuan ramai mata yang memandang. Apatah lagi bila
si pemakainya juga seorang yang ditunggu-tunggu kehadiranya seperti
menunggu kedatangan pengantin perempuan bersanding di pelamin. Sudah
tentu ramai yang akan berbincang sesama sendiri tentang kesesuian
solekan dan penampilan pengantin. Ada yang menyukai fabrik yang lain
dati yang lain dan ada juga yang memuji solekan pengantin tersebut.
Nyata sekuin dan manik yang menghiasi permukaan fabrik tetap memainkan
peranan penting dalam membentuk impak pada baju tersebut.
Walaupun rupanya kecil dan sering di abaikan perananya berbanding
kehadiran renda yang lebih mahal harganya, namun sekuin dan manik
sentiasa hadir membantu penghasilan pakaian supaya lebih menarik
terutamanya pakaian pengantin yang sering dijadikan lokasi yang paling
sesui untuk menjahit manik-manik ini.
Terdapat pelbagai jenis manik, sekuin san manik di pasaran dan ian
terdiri dari pelbagai warna mengikut kesesuian pakaian warna mengikut
kesesuian pakaian serta citarasa seseorang pereka fesyen mengilhamkan
bentuk pakaian perkahwinan. Ada yang berbentuk bulat, bujur, belian dan
pelbagai lagi jenis bentuk mengikut peralihan zaman.
Segala jenis manik ini pula biasanya dijahit pada lengan baju, leher,
kaki kain dan juga ada yang dijahit pada kasut untuk menyerlahkan lagi
bentuk produk itu sendiri sekaligus dapat membezakan kasut untuk
pengantin yang lebih berkilau dengan kasut untuk majlis-majlis yang
lain.
Malahan, manik dan sekuin juga kini lebih bermakna dengan jahitan yang
membentuk bunga, daun dan corak abstrak yang mewarnai permukaan fabrik.
Malahan ada juga pereka yang menjahit manik dan sekuin pada renda
Perancis supaya rekaan pakaian pengantin lebih menyerlah terutamanya
apabila bersanding di dalam dewan dan juga ada waktu malam. Kilauan
inilah yang akan membantu pengantin kelihatan menonjol dan lebih
menarik daripada yang lain.
Menjaga pakaian yang mempunyai manik dan sekuin juga tidak sukar
seperti yang dijangka, namun pemiliknya tidak digalakan membilas secara
kasar, memadailah melalui air dan menyidainya ditempat yang teduh.
Manakala cucian kering amat digalakan untuk menjaga ketulenan warna
manik tersebut.
Ia juga tidak boleh dilipat, bimbang akan memutuskan jahitan antara
manik dan sekuin tersebut, anda boleh mengantungkanya dalam almari
supaya ia lebih terjaga dan tersusun rapi.