Pengenalan
March 20hb, 2008 oleh Adnan Hassan
Pada Januari 2003 ,tertubuhlah butik ADNAN
HASSAN
untuk label/jenama ADNAN HASSAN boutique. Ianya adalah hasil banyak
pihak yang mendorong, menyokong dan membantu atas keyakinan Adnan
Hassan sendiri dalam memartabatkan kariernya sebagai pereka fesyen
terkenal. Terima kasih kepada keluarga, pensyarah-pensyarah fesyen
UiTM, Azman Nor dan semua yang terlibat yang percaya
dengan jenama ini.
ADNAN HASSAN
boutique adalah label atau jenama yang dipercayai mutu dan kualiti yang
menampilkan rekaan yang Versatile, New, Conceptual & unique. Ianya
tersendiri, individual dan penuh karektor untuk semua jenis dan bentuk
pakaian seperti pakaian pengantin, kasual denim, batik, uniform,
menswear dan sebagainya.
Menyedari hakikat bahawa permintaan untuk pakaian
Adi Busana (couture) perkahwinan yang semakin menggalakkan, ADNAN HASSAN dan teamnya terus
mencabangkan perniagaan dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan-rekaan
eksklusif yang penuh citarasa dengan perincian-perincian bergaya mewah
untuk si Ratu Sehari.
Penglibatan ADNAN
HASSAN dalam bidang perniagaan ini bermula apabila beliau di
beri
kepercayaan oleh sebuah majalah perkahwinan terkenal tempatan di
ruangan soal jawab pengantin. Tugas menyelesaikan masalah bakal Ratu
Sehari, untuk mendapatkan rekaan yang sesuai di majlis perkahwinan
mereka dalam bentuk ilustrasi atau lakaran fesyen mendapat sambutan
yang amat memberangsangkan daripada pembaca. Impiannya dalam cabang
perniagaan perkahwinan semakin mendapat perhatian media elektronik
tempatan apabila beliau sering menjadi tetamu undangan dalam
program-program TV yang berkaitan dengan fesyen pengantin khususnya.
Alang-alang membuat pakaian perkahwinan, kini
butik ADNAN HASSAN juga
menawarkan perkhidmatan lengkap (wedding planner services) perancang
majlis perkahwinan dimana semua kelengkapan & keperluan persiapan
mempelai ditawarkan di bawah satu bumbung. Bukan itu sahaja, kami sedia
menerima tempahan untuk perkhidmatan merancang majlis-majlis lain
(birthday party, product launch, dsbgnya).
Kini, Adnan Hassan diberi kepercayaan untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia rekaan fesyen dalam
kelas intensif, kursus, seminar dan bengkel kepada mereka yang meminati
bidang ini, samada sekadar hobi, menambah ilmu, atau untuk perniagaan.
Di butik ADNAN
HASSAN ,kami cuba merealisasikan impian anda dalam apa jua jenis
perkhidmatan yang ditawarkan.
Kepuasan pelanggan adalah segala-galanya.
Komitmen dan perkhidmatan berkualiti menjadikan hanya yang terbaik dari
kami di butik ADNAN HASSAN.
"KAMI
MENUNGGU ANDA"